Saturday, June 25, 2011

touch screen

tadi masa nak call, tibe2 terfikir pasal touch screen ni..camne leh touch screen ek? dulu ada baca gak pasal touch screen ni..yg aku tau pasal dua layer yg akan bersentuhan bila kte sentuh skrin n then skrin yg tersentuh tu akan hantar electrical signal ke processor n processor akan buat pengiraan coordinate kat mana yg kte sentuh tu..n then berdasarkan coordinate tu, sistem akan bekerjasama dgn software utk keluarkan output yg sepatutnya..tp tu dulu..mana la tau skrg ni dh ada teknologi baru utk touch screen..mari kte tgk camne ye..

teknologi touch screen ni ada byk..aku citer 3 je la ye..yg lain mcm xbest je..

1. teknologi yg berdasarkan rintangan (Resistive).


skrin jenis teknologi ni terdiri daripada sekeping lapisan kaca yang di cover dgn 2 conductive & resistive metallic layer yang dipisahkan dgn satu layer spacer (separator dots)..satu lapisan tahan calar diletakkan di atas layer2 tersebut..arus elektrik mengalir menerusi 2 metallic layer ketika skrin berfungsi..apabila pengguna sentuh je skrin tu, 2 metallic layer tu akan bersentuhan lantas mengubah nilai rintangan layer. perbezaan arus dikenalpasti dan coordinate tempat yg disentuh akan dikira oleh sistem..apabila coordinate diketahui, sistem akan mengubah signal akibat sentuhan tersebut kepada signal yg software faham (analog (elektrikal) kepada digital)..ala mcm korg punya mouse punya software bgtau windows ape yg korg buat la..klik ke..double klik ke..drag ke..ape2 je la..oh ye..skrin jenis ini boleh menggunakan apa sahaja jenis sentuhan..jari @ apa2 aje..

2. teknologi berdasarkan capacitive system..


satu lapisan yang menyimpan cas elektrik diletakkan di atas lapisan skrin. eh hujan la..sedap tido ni..haha..ok, apabila pengguna menyentuh skrin dgn jari, sebahagian cas yg tersimpan pada lapisan tersebut akan terpindah kepada jari pengguna tersebut..oleh itu, cas elektrik pada bahagian tersebut sudah berkurangan.. kekurangan cas ini akan dikira dan hasil dari  pengiraan itu akan dihantar kepada software touch screen utk mengenalpasti coordinate sentuhan..ey simple je..ok..skrin jenis ni hanya boleh menggunakan benda2 yg boleh menarik cas..contohnye jari..magnet boleh tak? try la sendiri..

3. teknologi berdasarkan gelombang bunyi (ultrasonic wave). 


dua jenis transduser diletakkan di paksi-x dan paksi-y monitor. satu utk menghantar, satu lg utk menerima signal (gelombang bunyi). juga diletakkan di monitor tersebut adalah reflector. reflector ni bertujuan utk memantulkan signal elektrik dari tranduser ke tranduser yg lain.  apabila skrin disentuh, sebahagian gelombang terganggu, dan sistem yg memantau monitor ini dapat mengesan perubahan yang berlaku dan terus mengetahui kedudukan skrin yg disentuh. benda asing atas lapisan skrin sedikit sebanyak mampu mengganggu kefungsian skrin ini..

ooo..camtu ke..ni la sedikit sebanyak cerita pasal touch screen..ape yg aku citer ni adalah idea basic ttg touch screen..design sensor (resistive, capacitive dan transducer) touch screen mungkin berubah mengikut designer..

*so ape yg aku baca dulu tu adalah idea asas touch screen la..sentuh skrin dan perubahan eletrikal..signal ke processor..dan seterusnya..huhu..eh? panas balik..baru nk tdo.. :(

rujukan:
- http://electronics.howstuffworks.com/iphone1.htm
- http://electronics.howstuffworks.com/iphone2.htm
- http://en.wikipedia.org/wiki/Touchscreen
- Shneiderman, B. (1991). "Touch screens now offer compelling uses". IEEE Software 8 (2): 93–94, 107. doi:10.1109/52.73754.

2 comments: