Saturday, June 25, 2011

touch screen

tadi masa nak call, tibe2 terfikir pasal touch screen ni..camne leh touch screen ek? dulu ada baca gak pasal touch screen ni..yg aku tau pasal dua layer yg akan bersentuhan bila kte sentuh skrin n then skrin yg tersentuh tu akan hantar electrical signal ke processor n processor akan buat pengiraan coordinate kat mana yg kte sentuh tu..n then berdasarkan coordinate tu, sistem akan bekerjasama dgn software utk keluarkan output yg sepatutnya..tp tu dulu..mana la tau skrg ni dh ada teknologi baru utk touch screen..mari kte tgk camne ye..

teknologi touch screen ni ada byk..aku citer 3 je la ye..yg lain mcm xbest je..

1. teknologi yg berdasarkan rintangan (Resistive).


skrin jenis teknologi ni terdiri daripada sekeping lapisan kaca yang di cover dgn 2 conductive & resistive metallic layer yang dipisahkan dgn satu layer spacer (separator dots)..satu lapisan tahan calar diletakkan di atas layer2 tersebut..arus elektrik mengalir menerusi 2 metallic layer ketika skrin berfungsi..apabila pengguna sentuh je skrin tu, 2 metallic layer tu akan bersentuhan lantas mengubah nilai rintangan layer. perbezaan arus dikenalpasti dan coordinate tempat yg disentuh akan dikira oleh sistem..apabila coordinate diketahui, sistem akan mengubah signal akibat sentuhan tersebut kepada signal yg software faham (analog (elektrikal) kepada digital)..ala mcm korg punya mouse punya software bgtau windows ape yg korg buat la..klik ke..double klik ke..drag ke..ape2 je la..oh ye..skrin jenis ini boleh menggunakan apa sahaja jenis sentuhan..jari @ apa2 aje..

2. teknologi berdasarkan capacitive system..


satu lapisan yang menyimpan cas elektrik diletakkan di atas lapisan skrin. eh hujan la..sedap tido ni..haha..ok, apabila pengguna menyentuh skrin dgn jari, sebahagian cas yg tersimpan pada lapisan tersebut akan terpindah kepada jari pengguna tersebut..oleh itu, cas elektrik pada bahagian tersebut sudah berkurangan.. kekurangan cas ini akan dikira dan hasil dari  pengiraan itu akan dihantar kepada software touch screen utk mengenalpasti coordinate sentuhan..ey simple je..ok..skrin jenis ni hanya boleh menggunakan benda2 yg boleh menarik cas..contohnye jari..magnet boleh tak? try la sendiri..

3. teknologi berdasarkan gelombang bunyi (ultrasonic wave). 


dua jenis transduser diletakkan di paksi-x dan paksi-y monitor. satu utk menghantar, satu lg utk menerima signal (gelombang bunyi). juga diletakkan di monitor tersebut adalah reflector. reflector ni bertujuan utk memantulkan signal elektrik dari tranduser ke tranduser yg lain.  apabila skrin disentuh, sebahagian gelombang terganggu, dan sistem yg memantau monitor ini dapat mengesan perubahan yang berlaku dan terus mengetahui kedudukan skrin yg disentuh. benda asing atas lapisan skrin sedikit sebanyak mampu mengganggu kefungsian skrin ini..

ooo..camtu ke..ni la sedikit sebanyak cerita pasal touch screen..ape yg aku citer ni adalah idea basic ttg touch screen..design sensor (resistive, capacitive dan transducer) touch screen mungkin berubah mengikut designer..

*so ape yg aku baca dulu tu adalah idea asas touch screen la..sentuh skrin dan perubahan eletrikal..signal ke processor..dan seterusnya..huhu..eh? panas balik..baru nk tdo.. :(

rujukan:
- http://electronics.howstuffworks.com/iphone1.htm
- http://electronics.howstuffworks.com/iphone2.htm
- http://en.wikipedia.org/wiki/Touchscreen
- Shneiderman, B. (1991). "Touch screens now offer compelling uses". IEEE Software 8 (2): 93–94, 107. doi:10.1109/52.73754.

Tuesday, March 15, 2011

white coffee?

aritu jalan2 kl dgn buddy n halim terserempak dgn satu signboard iklan 'white coffee'..aku tak tau ape white coffee ni..so aku open la question dalam kete tu kot2 dorg tau ape white coffee ni..si buddy ckp dia tak tau..si halim pulak bg jawapan merapu ape tah..hampeh je..masing2 dalam kete tak tau..last2 halim kene shoot ngan aku n buddy sbb bg jawapan merapu..yg tak tau xkena ape..hahaha..si halim ni mmg selalu kena shoot pun..kesian dia..so ape dia white coffee ni ye? kopi susu ke? ke mmg special punye kopi yg berwarna putih?

1. kat negara omputih, ikut bahasa pasar dorg, white coffee ni adalah kopi susu..tak kesah la campur susu ke creamer ke..asalnye adalah kopi biasa yg hitam tu dicampurkan dgn susu@creamer..

2. kalau kat US pulak..white coffee ni, adalah biji kopi yg dimasak..masak? goreng kot..goreng rasanya..yg digoreng..eh goreng dgn minyak ke tanpa minyak? tanpa minyak kot..kalau dgn minyak tak best pulak rasanya nnt..ok..biji kopi yg digoreng tanpa minyak sehingga warnanya bertukar menjadi kekuningan utk dibuat espresso..tu je..

3. kat malaysia pulak..white coffee ni asalnye dari ipoh..oooo sbb tu la dia dpt nama ipoh white coffee..ipoh mali maa..yg ni sama gak mcm kat US..dorg goreng biji kopi ni campur dgn majerin sahaja (kopi biasa, dibuat dgn campuran biji kopi+60% burnt caramel+grounded wheat/oat)..kopi ni still lg warna hitam..kalau ada yg warna putih tu, mesti dh dicampur susu..kopi ni dikatakan lg bagus dari kopi biasa sbb xbyk bahan campuran..

4. kalau kat Beirut, Perancis, 'white coffee' ni adalah teh herba..pulak..dari kopi bleh jd teh? dibuat dari bunga buah oren..wah..kira mcm teh bunga oren la ni..dorg minum air ni lepas mkn utk memudahkan proses penghadaman..xde kopi langsung ni..hahah..

so, mana satu jawapan yg sebetulnye? kte amik la jawapan no.3..sbb ape? sbb iklan white coffee yg aku n mber aku tgk tu iklan ipoh white coffee..white coffee malaysia..terlerai sudah persoalan yg bermain2 di dalam minda aku n mber aku ni..dasyhaaaattttt..

 Ipoh White Coffee

rujukan:
-http://chemicalland21.com/lifescience/phar/CAFFEIC_ACID.htm
-http://www.coffeeterms.com/coffee-roasting.htm
-Aromatic Teas and Herbal Infusion by Laura Fronty, first English edition, ISBN 0-517-70876-0.
-http://www.explore-ipoh.com/white-coffee.html